Thursday, July 19, 2007

NO REASON = NORIZAN + DPM

Takziah kepada mereka yang sudah kembali menemui Pencipta.

Tahniah kepada pasukan Mesia kerana layak untuk bertanding dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Asia 2007.

"Nak tunggu Mesia layak secara betul, jangan mimpilah. Mati hidup balik pun tak tahu layak atau tidak" marah betul pakcik ni. Aku bersama rakan-rakan terdengar keluhan pakcik yang mungkin dimarahi isteri atau anak-anak kerana meninggalkan mereka untuk pergi ke Stadium Bukit Timah eh silap Bukit Jalil. Besar betul pengorbanan pakcik ni, patutlah dia marah sangat. Apa tidaknya, masa tu Mesia baru ketinggalan 3-0 kepada pasukan China. Aku dan rakan-rakan serta pakcik tadi berkesempatan melihat 3 lagi jaringan dari pasukan China dan Mesia.
2 dari China dan 1 dari Mesia.

Untuk perlawanan yang seterusnya, samala keputusannya KALAH.
Mesia memang popular dgn kekalahan.
Mesia
akan terus berjuang dan bukan pengecut.

Dali, Tokey, superMokh, Raja Bola, Arumugam, Santokh Singh, Isa Bakar. Ada sesiapa yang tidak mengenali mereka?.


No comments: