Monday, August 20, 2007

ALAM + AMAL = AMAN



marah benor bro Isham, aku tidak berapa sempat untuk mengupdatekan blog aku ni.
Sori bro.....

ader satu cerita
seorang teman bermain kompang, lalu datang seorang teman menghampiri teman yang bermain kompang yang masih belum hilang terunanya...hahah.

Bertanya teman teruna kepada teman yang sudah tidak teruna "apakah sifat kompang?".

"samalah dengan gong, gendang, tabla, drum atau tin kosong." Jawab si teman yang tidak teruna

"terima kasih" ringkas balasan si teruna.

Pukul, palu, balun la si kompang, si gong dan yang seangkatan dengan nya. Bunyinyer memang kuat, tetapi kosong didalam. Macam tin kosong, maaf kepada yang terguris.

Syabas bro Ish, Boy Shafiq, idhLan, abgShah dan teman-teman lain. Sesudah berhempas dan berpulas akhirnya Lata Kinjang dan Dusun Seratus ditakluki oleh peserta Rekreasi Cinta Alam Masyarakat Prihatin 2007 (reCAMP '07). Setelah berpeluh dan berlecah membalas otluk2, alhamdulillah hampir kesemua peserta menyetujui KESERONOKAN berada di Zon Tidak Selesa. "rugi siot saper yang x pegi, best woooo" luahan hati seorang peserta sesudah menyambung kerja dan tugas-tugas hakiki pada hari bekerja.

Musim keunikan majlis perkahwinan masyarakat Melayu seakan menyerang pada minggu cuti persekolahan ini. Lihat sahaja di lampu-lampu isyarat di kawasan perumahan anda....berserabut kan. Selamat kepada Juki, Azreena, Pak Din, Asma, Meor Rosharizal, Azim Muizz, Iqbal n Wan Marzuki. Andai aku memiliki helikopter yang lebih baik dari Nuri, akan ku singgah ke semua rumah-rumah atau dewan atau padang atau pusat konvensyen demi menghadiri walimah teman-teman.

nota kaki : jiwa merdeka nak MERDEKA

No comments: