Friday, February 22, 2008

pilihan RAYA dan pilihan KU

bekas perdana menteri telah mengumumkan pembubaran parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008, untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum(PRU) ke 12 diadakan.
bekas perdana menteri itu telah mendapat mandat yang besar dari rakyat pada PRU ke 11 yang lalu.
bekas perdana menteri juga tidak tamak dan haloba untuk memegang tampuk kepimpinan negara.
bekas perdana menteri masih mempunyai 1 tahun 1/2 untuk menjadi perdana menteri, namun bekas perdana menteri mengambil keputusan untuk melepaskan jawatannya dan mengadakan PRU ke 12.
bekas perdana menteri masih dan akan terus mencari al-Ghazali
bekas perdana menteri memperkenalkan kepada dunia, konsep negara Islam Hadhari
bekas perdana menteri mengkoridorkan wilayah Utara, Timur, Johor, Sabah dan Sarawak
bekas perdana menteri meluluskan kenaikan gaji kakitangan kerajaan, setelah 15 tahun tiada semakan
bekas perdana menteri menghantar angkasawan pertama negara ke angkasa untuk menjalankan kajian ilmiah dan bermain yoyo, gasing serta memakai baju batik sambil memakan rendang.
bekas perdana menteri bersama bekas-bekas kabinetnya dan bekas-bekas YB akan bertarung satu lawan satu pada 8 Mac 2008 di kawasan masing-masing.

15 Mac 2008 - majlis perkahwinan ku dan gadis pilihan KU akan diadakan di Kuala Lumpur, Insya Allah.
ku mohon kepada sahabat, teman, rakan dan taulan mendoakan agar majlis ini akan diberkati Allah. doa kan kebahagian ku dunia dan akhirat.
maaf sekiranya kad jemputan tidak kesampaian kepada teman dan sahabat
aku mengirim pesan dari kedua orang tua ku, menjemput rakan-rakan ke majlis perkahwinan ku.

afas ibnuAYYUB


No comments: