Monday, December 19, 2011

KEMBALI MENULIS

Penurunan bendera gambar KETUA PENYAMUN membuat saya terpanggil untuk kembali menulis. Tabik kepada anak muda yang berani. Tabik spring kepada PANGLIMA PERANG yang berani melawan semula.

Ini baru betul anak muda, tangkas menangkis serangan pihak lawan. Tak kira lawan kuat atau lemah, yang penting ketokohan untuk melawan itu ditonjolkan.

Jangan jadi anak muda yang lembik
Jangan jadi anak muda yang berada di barisan belakang
Jangan jadi anak muda yang cepat terasa hati
Jangan jadi anak muda yang malas membaca
Jangan jadi anak muda yang tidak berusaha
Jangan jadi anak muda yang tidak cool

Anak muda mesti responsif pada perkara massa
Anak muda mesti ada jiwa besar
Anak muda mesti mental dan fizikal yang lasak
Anak muda mesti menolak rasuah
Anak muda mesti membantah penindasan marhain

Yang paling penting

Anak muda mesti cool

Generasi pewaris negara adalah anak-anak muda. Anak muda di kolej, universiti, lepasan universiti, bekerja, berniaga, pemandu teksi dan yang berada di luar negara. Ini semua lapisan anak muda yang akan meneruskan legasi kepimpinan negara. Bangkitlah anak muda untuk agama, bangsa dan negara. Dunia sudah membuktikan, anak muda pelakar arah tuju sesuatu bangsa.

Kepada golongan mahasiswa, ulama muda, pendakwah muda, saterawan muda, penulis muda, artis muda dan yang seangkatan dengannya, bergeraklah dengan susunan saf yang jitu. Salurkan segala maklumat melalui FB, Twitter dan Blog.

Anak muda melawan balik


No comments: