Tuesday, May 27, 2008

MOVE + MAJU

Alhamdulillah....aku n wife dah duduk rumah sewa
ChanteQ rumahnyer, owner pun sempoi je

Kick start, move on, make a move, moving forward, maju, terus, depan
Perkataan yang acap dan kerap kali aku dengar dewasa ini.
Kata2 peransang dari keluarga dan teman2, menguatkan semangat aku yang pada satu ketika hampir luntur. THANKS BRO

Aku kini berlawan dengan masa, kadang2 aku rasa aku tak cukup masa.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal shaleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran”

(QS al Ashr:1-3)


Sungguh suci kalimatMu ya Allah ya Tuhanku....aku memohon petunjuk dariMU.
Aku wajib membahagikan masa...wajib merancang masa. Kerana Allah sudah memberi kepada makhlukNya siang dan malam, pagi dan petang, tidur dan terjaga, kerja dan rehat, hujan dan panas, pasang dan surut. Aku wajib tahu mengurus masa.

Rebutlah 5 perkara sebelum tiba 5 perkara......

Waktu kaya sebelum miskin,
Waktu senang sebelum sibuk,
Waktu sihat sebelum sakit,
Waktu muda sebelum tua,
Waktu hidup sebelum mati

Waktu dan masa adalah segala-galanya....

Aku semat dalam hati
aku x bole berkhayal lagi.
Aku ada satu perkara
MAJU kan diri dan keluarga

TO BE OR NOT TO BE

1 comment:

Anonymous said...

betol apa yg ko ckp ni! skrg adalah permulaannya!